Followers

Sunday, January 20, 2013

Pi Mai FM ( Lagu Mana Pun Untuk Hampa )

Assalam,

Ni nk habaq mai kat hampa yang Pi Mai Fm nie memang best! 

Tak percaya utk Penangite sila tune to 90.2fm. Depa belum ada online kot.

Sebab apa best?

1. Tak banyak membebel 
2. Lagu memang layan abis (lama+baru)
3. Tak dak iklan. (masih baru kn, so takdak la iklan smp 5 minit baru lagu)

Jom, support our own fm!

Tagline depa: Pi Mai FM Lagu Mana Pon Untuk Hampa!


Marka Lik Lau

Tuesday, January 15, 2013

Wedding House Penang

Assalam semua,

Nie nk habaq mai kat semua bakal-bakal or mak pengantin kat area Penang atau dok belah utagha. Tak payah nk hampa sampai nk p nilai cari barang. Harga lebih kurang saja. Aku dok besa dah p belah sana. Kalau hampa kira minyak, tol, hotel n lain-lain lebih pada tuh hampa keluaq kn? 

Nie nk tolong hampa la nie. Nie hampa google A TU Z Wedding House kat Seberang Perai. Dia dekan Sunway Carnival Mall. Ala senang ja. Ikut ja highway yg nk p Aloq Setaq tuh lepas tuh keluaq ikut BKE tp amek belah kiri, kalau kanan hampa nk p belah kulim sana. Menang nampak seketoi tepi jalan. Besaq jugak. Kira lepas ja Sunway Carnival tuh hampa dok jalan belah kiri ja sebab jalan masuk dia kecik saja, takut x perasan dah kena pusing blk. 

Nie Map aku copy dari laman wed depa. 

Selamat buat hantaran. Aku selamat dah, cuma kot2x adik-adik aku yg ada lagi ja nie.


Apa yang ada kat sana?

1. Pakej perkahwinan termasuk baju makeup pelamin pon ada.
2. Pakej hantaran - depa buat
3. Barang-barang nk buat hantaran semua la segala macam bunga, bekas, riben n dll
4. Doorgift memacam ada nk ketip kuku, bekas teloq, tisu, cawan vantage, semua pon ada.

Hampa p la tgk. Memacam ada. Arituh p dengan En Fasya cari nk buat hantaran dia. Dia buat sendiri ooo. Kreatip toi. Ai bg idea saja. 

Okay la. Selamat la semuanya. 

MLL

Wednesday, January 9, 2013

Bunga Segar Murah Penang!

Assalamualaikum,

Nie mai nk cerita sikit. Aku taw kedai nie sebab dekat ngan umah mentua aku. Kebetulan la nk cari bunga utk reception aku kat Penang. Jadi 1st aku p area Kapitan Keling yg ramai juai bunga depan kuil. Bapak mahai. Ada ka dia juai sekuntum RM3. Aku nk beli sedozen dekat RM40 hinggit kn? Tak mau la aih.

Br la laki cek kata ada tempat nie murah. Awat la dia x habaq awai2x kn. X semena-mena ja depa kena hamput ngan aku. Dah la nk jd pengantin kn? Adoila. Pastu p memang murah la tp xdak la semurah KL. Sedozen 20 kuntum ros br RM17. Murah la oiiii.... 20 kuntum boleh buat ulam skali! Muahaha. Nie lokasi dia. 

Tepi dia ada florist. Dia mcm pasar pon ade. 




Waktu rasanya pagi dah bukak sebab bunga mai pagi kn? 

Selamat mencari bunga. 

MarkaLL

Kamus Penang (Loghat)

Assalam,

Nie aku copy dari blog http://greenskymorning.wordpress.com/2011/12/08/loghat-penang-dictionarydialect-kamus.

Actually banyak jugak la aku x guna. Hampa kena paham yg loghat utagha seakan-akan sama. Contohnya macam Penang/Kedah/Perlis. Cuma ada la beza sket.

Okayla selamat membaca. Kalau besa tgk Anak Mami The Movie semua nie depa pakai. Tue pure la cuma kadang-kadang tue melampau sgt. 

Cuma besanya org penang nie depa bercakap siap dengan tangan dan kepala. Lenggok tuh penting okay. Haha... 

Then yang hurup R jadi Q atau GH. Contoh nya Apa Khabar jadi Apa Habaq? Or Rantai depa panggil Ghantai. Ha, tue contoh pronounciation loghat penang.

Aci ligan – main kejar-kejar

Air acaq – air lumpur @ becak @ longkang/ acar pun bloeh la
Awang – panggilan untuk budak
Awat – kenapa/ pasepa

Bakiaq – susu baby yg dah basi (akan ada lapisan keras terapung kat bahagian atas)
Baloq liat – pemalas tahap cipan
Balun – pukul
Bambu – pukul(hang tok sah dok ketegaq, sat gi naya kena bambu)
Ban – tali ayaq (kedah)
Bang – azan
Bangkit tidoq – bangun tidur
Basah lokoih – basah lencun
Batas – jalan
Beghemba – bersaing (merujuk kepada naik beskal ramai2)
Belah – bahagian, dekat (cth: belah mana = dekat mana)
Belahak – sendawa
Belemoih – kusut masai/kotoq
Belen/seron – lebih teruk dari bohsia. (Cth: aci belen)
Belengaih – maksudnya kotoq(kotor)
Belutin – kotoq
Berderemen – muka calar balar (biasanya lepas jatuh)
Beretuh/Beghetuh – tersentuh, trlanggar
Besaq gabai – exaggerate of besar/ besaq gila
Bok – tilam (kedah)
Bon – polis/mata-mata
Borak – cakap besar, atau Pondan
Belengaih – maksudnya kotoq(kotor)
Benyai – lembik berair(eg:isi durian)
Biruu – almari (dlk kedah)

Cempera/cempegha – perangai tak tentu hala/ jakun/ terok
Cabai – cili
Camca – sudu
Camdek – mengutuk
Candet – perli
Cega – takut
Cek/cheq – saya (gelaran diri yang manja skit,bpak aku yg sulung tu smpai skrg dok pkai ngan tok aku)
Cekeding – kurus kering
Celuih – muat
Cemerkap – tak cekap
Cengei = garang
Ceroi – cair (cth : ayaq kopi ni ceroi sangat la)
Chemuih – bosan/jemu
Chewi – perasaan sayang terhadap sesuatu yang tak bertempat
Combi – anak prmpuan anak mami (kot, xpasti) klau nk sngkat -bi (cth: Mastura-bi)
Contiang – conteng
Cucoq/coq – cucur (cth: coq kodok/cok pisang) coq sbb sngkatan/nak cepat
Cunggit – baju yg senget sewaktu dipakai (macam Pak Uda hehe)

Darai – bapok/pondan
Daun karapole – daun kari
Depa – mereka/diorang

Gagau – pegang/gomol
Gerek – basikal
Ghabat – kira panjat
Ghaplah – buat perangai
Ghelaih – bilas/basuh/lap
Gherit – (baju)koyak digigit biasanya oleh tikus/lipas (gaqhit kedah kot)
Ghiang – kuderat @ tenaga
Gon – tempat yang berbukit skit atau curam (semasa drive)
Gostan – undur ke belakang (masa bwk kereta)
Gurmit – pengasah pensil
Guruih – mancis

Habaq – bagitau mai
Hamboq – bagi kaw2
Haprak – tak guna/tak boleh pakai
Haria – laungan semangat, biasanya bersorak time bola (cth: ‘haria penang haria’) klau nogori9 macam ‘joben hang joben’ la
Hambat – kejar/halau
Hangpa – engkau/korang
Hawaq – perangai tak elok
Hingaq – bising

Jamban – tandas
Jebeh – buat muka masam @ sedih Jebon – sejenis musang (atau kutukan)
Jerqah – tengking(sebab marah)
Jora – menunjuk hebat/bekeng/gedebe(kelantan) cth: hang tok sah dok buat ‘jora’ la
Julut hebiaq – mulut yang tak dak insurans

Kala**** – tepung dok makan dgn pasemboq tuu..)
Kalut – kelam kabut
Kambee – alang umah
Kami – aku/saya
Kamjat – bengang
Kanyiaq – budak higusan / seseorang yg tak berapa pandai lagi
Kapok – peluk
Katok – ketuk/pukul (dengan kayu biasanya)
Katup – tutup (pintu/botol)
Kawaq – pencuri kat kampung
Kecek – pujuk/bodek (eg: pi kecek duit kat mak)
Kedekut pait/pahit – kedekut tahap kronik
Keleh – lihat
Kelempung – paru2 daging lembu (mamak suke letak dalam mee/pasemb0q)
Kelepiaq – shake of water from body
Keloi – panggil
Kemarin – yesterday
Kemut – kedekut (orang KL pikir lain hehe)
Keras kedekiang – keras gila babas
Kerumun – mengelilingi pada sesuatu/orang
Kesut – ke sudah (cth: aku tunggu dia… dia tak mai2 sampai kesut)
Ketedarah – makan tak ingat dunia/ lapaq gila (eg:awak hang ketedarah nasi ka)
Ketegaq – degil sangat (kedah)
Ketoq – tempat basuh tangan (teko dengan dulang di kenduri2)
Koman – lekeh (lekeh tu apa?) macam takdak class la
Kona – pusing Koyak minyak – speed up for motor/ pederas
Kongkiaq – sejenis semut kepala dan taring besar
Kopek – kupas (buah)
Koyak minyak – press minyak(utk accelerate motor la)/ atau pulas minyak
Kore – banyak berkira
Kute – cubit

Lagu – macam (bukan lagu yang orang nyanyi tu) cth: lagu tu rupanya = macam tu rupanya
Latam – Pijak
Lanca – beca
Langgah – minum tak mau2/minum gelojoh la tu (cth:tak guna gelas,langgah botol terus) kedah ni
Lehiaq – leher tapi sebut pelik skit
Lekaih – cepat (cth: awat lekaih sgt nak balik)
Lekeh – koman (koman mksudnya apa pulak?) macam low class la. eg:”awat lekeh sgt tu pun taktau ka”.
Lencun/basah lencun – basah sangat(mcm seluruh badan) *refer basah lokoih kat atas
Lengai – lembab
Ligan – kejar
Likat – pekat
Lingkup – jahanam/punah
Lintaq – kilat/guruh
Loncat – lompat
Loqlaq – clumsy @ suka buat menda bukan-bukan (kedah)
Lunyai – sampai lembek (cth: belasah sampai ‘lunyai’)

Maarop Sintok – maki hamun untuk org bodoh/bangang (cth:Maarop Sintok mana la yg buang smpah kt sini)
Makan poloq – makan pelahap/gelojoh
Mampoih – mampos
Mami – mak/makcik
Mamu – pakcik
Mana aci – tak adil
Mandom – lembap/tak aktif
Manih melecaih – manis sgt2
Mankaq – isi durian yg keras tuh/makian
Mapley – pengantin lelaki kalau kat penang (klau kat KL = mamak)
Marka – awek
Mastoura – set barang kemas termasuk rantai yang loket dia sambung ke rantai
Mat Besaq – bekeng, gedebe
Meksi – jubah
Merah merengau – merah sangat terang
Melahaq – makan gelojoh (kedah)
Meluat – benci/menyampah
Melugai – meloya/perut tak selesa/ rasa macam nak muntah
Meneghas – mengulangkaji @ mengulang baca
Meneghu-meneghang – kereta lalu lalang dengan sibuk sekali (kedah ni)
Mengkala – bila (loghat kedah ni) cth: mengkala depa nak sampai ni
Menyorok – breakfast
Meqhela – gedik (gatai menqhela)
Merap – manja
Merenyam – Gatai miang jgk (klau kedah meqhenyam)
Merelop – senja
Merlit – berkilau-kilauan
Meroyak/ Meghoyak – merebak (cth:penyakit)
Merton – hammer/penukul
Morey – supper lepas semayang teraweh
Mot – tunggang
Musibat – anak hantu(kutukan)

Nalla – mak aihhhhhhhhhhhhhhhhhhh cth: nalla punya lawa aci tu!
Nana – abang/ utu suami pun boleh (macam nana tanjung = abang tanjung la tu)
Nangoi – budak hingusan
Nerai – sebaris (cth: Kedai tu satu nerai dengan Line Clear)
Nyok – kelapa (ayaq nyok)

Otak hang – sejenis makian (bolela penang jugak)

Panchoq – tandas
Pande – khemah
Parit ban – saliran air yang mngalir ke bendang
Parpu – kacang dal yg buat dalca tu (parpu ni bahasa melayu, tp rmai xtau sbb penang yg slalu pkai, dal/dalca tu bhs tamil)
Pasemboq – rojak mamak kalau kat KL
Pedajai – di perkenakan / terkena
Pedo – hati-hati
Pelaq – buat terok
Pepak – mengunyah atau nak hancurkan gula-gula(atau benda keras) dlm mulut
Perabih buang – makan sampai licin
Perak/peghak – heran tengok benda tak pernah jumpa(jakun)
Poduk –makan
Pokkay – sesumpah
Ponen – pondan/bapok
Ponu = pengantin perempuan (see mapley hehe)
Punggai – membaling dgn sesuatu
Pungkoq – bontot

Ragaih – panjat
Reban/Gheban – runtuh (rumah itu reban) *bukan reban ayam tu
Renjong/qhenjong – tinggi/panjang
Renyeh/qhenyeh – senyum smpai ke telinga
Reyau/qhiyau – menangis
Ronda – jalan2 (jom ronda!)
Roshom – muka masam ja

Qekah – usaha
Qhengkong – kerengkong

Sat – sekejap
Satgi – sekejap lagi
Sebek – muka sebek (muka sebelum nak mengangis)
Segan – klau bahasa buku, segan tu maksudnya malu, tapi bagi orang Penang ‘malas’
Seghiyau – takut
Seghobeh – serabai
Sekeh – luku kepala sipi2 (tak kuat sgt la)
Selepong – bercapuk, bertampung
Semalam – last nite/yesterday (yang ni ramai org KL konpius)
Semawa – menjemput
Seneqih – calar (biasanya pada body kereta)
Sengkek – pokai

Siru – berlagak
Solat lohoq – solat zuhur
Soq – sahur
Suap gula – betunang (atau adat semasa tunang)

Taboh – bantai/pukul/belasah
Tahantuak – budak tak pakai seluaq dalam, so bila depa duduk… nampak laa…
Tak celuih – tak muat
Takdan – tak sempat
Tak kelapaq – tak mau/tak hingin
Tamboq – lumpur/selut
Tanjung – belah bandar kat penang mcm georgetown kot
Taqham – dendam simpan
Tarak mau – tak mau
Taram ja – hentam saja, bedal ja
Tauk – campak
Tawaq – tawar atau tiada rasa
Tenyeh – Mengesat sesuatu eg: tenyeh mata
Terbei/teghebei – lastik
Tergheliat –terseliuh
Terpereluih – terperosok
Tetomoih – digunakan untuk jatuh yang teruk (jatuh tetomoih)
Tibai – balun/pukul/sebat
Toksah – jangan
Tokua – tauhu
Tok yu – kicap
Tokak – gigit (tapi dengan bukak mulut besar2)
Tonyoh – gosok/tenyeh dengan kuat
Toya – (muka)/perangai
Toya Mat Amin – perlian, kutukan (yang ni lawak, tak pasal2 mat amin mana tah kena)
Tuntun – maknanya lebih kurang mcm tolak…sesuai digunakan utk basikal,motor

Ubi mengala – ubi kentang
Usha – survey/lihat (cth: jom ‘usha’ marka tu)

Ya’apur seyre – trouble maker (rujuk Anak Mami movie)

Sekian, Wslm
MarkaLL

Apa tuh Marka?

Assalam,

La nie aku nk pekenai dulu maksud Marka.

Marka dalam kamus tatabahasa penangnya adalah gelpren , boypren, awek, pakwe, balak. Hampa ada paham kn?

Jadi sempena aku nie memang asalnya dok Balik Pulau dan soon pon akan pindah p dok Balik Pulau jadi aku namakan blog baru nie sebagai Marka Lik Lau. Singkatan Balik Pulau la na.

Nanti aku sambung cerita benda len pulak na. Or hampa nk aku update pasai kamus penang dulu? Nanti aku google dulu na br senang paham.

Jadi blog aku yg Irina Si Gadis Pear masih blog utama aku. :)

Okayla sekian dulu.

MarkaLL